Selasa, 5 Januari 2010

SERVIS KE RUMAH ANDA

SPA KAKI (FOOT SPA) CUMA RM10.00

Menjalankan tugas seharian di pejabat tentunya meletihkan. Lebih-lebih lagi jika tugas yang dilakukan memerlukan kita banyak bergerak ke sana ke mari, turun dan naik tangga , apatah lagi kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki terasa semakin menyeksakan. Berapa kerap anda mengeluh sakit kaki, berasa sengal-sengal di betis dan terasa sakit mencucuk cucuk ketika berjalan sebaik sahaja bangun dari tidur?

Hal ini jika di biarkan begitu sahaja tentu akan mengundang pelbagai masalah pada kesihatan kaki. Selain tubuh badan, penting bagi kita untuk menjaga kesihatan kaki. Ini kerana kaki merupakan anggota yang menyokong keseluruhan tubuh dan pada masa yang sama menampung berat badan kita.

Rawatan spa kaki yang ditawarkan oleh kami merupakan rawatan yang sesuai bagi menjaga kesihatan kaki anda. Ia adalah bertujuan untuk merawat kaki yang letih akibat aktiviti harian yang dijalankan. Hasilnya selepas menjalani rawatan ini kaki akan berasa lebih selesa dan rasa rasa sengal yang di alami juga akan hilang. Selain itu, anda akan dapat rasakan kulit kaki lebih licin dan segar.

LANGKAH 1 -
RENDAMAN KAKI DENGAN HIMALAYAN GRAM KRISTAL MANDIAN

- melancarkan peredaran darah
- membantu membuang toksin
- melegakan kesakitan sendi otot, sengal dan kekejangan otot kaki
- mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki dan tangan
- mengatasi masalah kaki dan tangan seperti berbau busuk dan tangan yang kerap berpeluh.



LANGKAH 2 -
KAKI DI KERINGKAN MENGGUNAKAN TUALA YANG LEMBUT




LANGKAH 3 -
SATIN SMOOTHIE HAND SCRUB
- Sapuan skrub pada bahagian kaki bertujuan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada kaki terutama di bahagian tumit.



LANGKAH 4 -
SCRUB YANG DI SAPU TADI AKAN DI CUCI DENGAN AIR BERSIH




LANGKAH 5 -
SAPUAN KRIM DAN URUTAN RINGAN

EXTRA EMOLIANT NIGHT CREAM & SATIN HAND CREAM akan di sapukan sebagai langkah terakhir sekali bagi bertujuan untuk melembutkan kulit kaki anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan